get paid to paste

Salam. Nama aku Noorhidayat Bin Salman. Lebih mesra kalau kau panggil aku PakciQue walaupun aku takde simpan sebarang hasrat untuk berkahwin dengan emak saudara kau.

Aku dah berblog dekat dua tahun. Kalau nak ikutkan mungkin lebih. Tapi kebanyakan blog aku yang sebelum-sebelum ni adalah blog merapu dan merepek.

Tujuan aku nak berblog adalah 'TAKDE'. Aku berblog sebab ia trend. Aku rasa lah. Tapi, aku tetap ada tujuan juga. Bercerita dan berkongsi dengan kau orang akan kecintaan aku terhadap 3M (Movie, Music, Magic).

Mungkin dalam catatan aku ada menceritakan tentang cerita yang baru sahaja aku tonton di wayang. Atau ada lagu yang berjaya mencuit gegendang telinga aku. Atau cerita mengenai aku buat magik.

Apa-apa pun, kau boleh hubungi aku melalui ruangan komen, atau ruangan sembang atau menghantar emel ke PakciQue[at]Gmail[dot]com.

Jangan lupa melanggan RSS sekali tau. Dan sudi-sudilah meninggalkan komen sepam dua.

Pasted: Sep 22, 2008, 7:00:17 am
Views: 253