Assalamualaikum & salam sejahtera.
Di Justkhai.Com, kau bebas buat apa sahaja. Khai jamin, tiada sekelumit zarah pun yang membuatkan kau perlu mengeluarkan sedikit duit.
Di Justkhai, tiada langsung virus yang akan menjangkiti OS kau. Di Justkhai juga, tiada langsung niat Khai untuk menyelitkan apa-apa yang membahayakan hidup kau. Apa lagi untuk mengambil apa-apa maklumat mengenai diri kau kerana, kau ni artis ke?
Di Justkhai, kau bebas download apa sahaja yang Khai share di situ. Kau tidak perlu ucapkan terima kasih kerana itu terlalu tinggi nilainya untuk Khai. Apa yang kau perlu lakukan, buat Justkhai itu seperti website atau blog kau sendiri.
Hari-hari kau masuk, hari-hari kau komen. Jika ada entri baru, sama-sama kau sertai perbincangan dengan cara memberi komen dan insyaAllah, jika kena pada tempatnya, of coz la Khai akan komen.
Di Justkhai, terdapat beberapa jenis iklan yang mungkin akan menyakitkan mata kau tetapi insyaAllah, belum lagi sampai tahap membutakan mata kau. Kenapa perlu ada iklan sebegitu, biasalah, jika kau bukan artis, Khai juga begitu. Bukan artis yang banyak duit untuk maintain website boleh online untuk 60 tahun akan datang.
Apa akan jadi jika Justkhai tidak kekal untuk 60 tahun akan datang? Selagi bumi dipijak dan langit dijunjung, selagi itulah kau akan sentiasa diberi sesuatu yang berguna di sana. Justkhai bukan hanya blog picisan dan biasa, aku tahu. Tapi jika kau gunakannya dengan cara seorang yang berfikir, kau pasti akan rasakan, kenapa bukan dari dulu kau masuk ke Justkhai.
Oleh itu, berilah semangat dan sokongan melalui iklan-iklan di website itu. Khai tak suruh korang klik, tapi jika iklan itu benar-benar kau ingin tahu iklan apa, kau klik'lah kerana itu sedikit sebanyak membantu Khai mengekalkan Justkhai terus berada di dalam internet dan kau boleh layari pada bila-bila masa.
Ikhlas Dari,
Khai
Founder of Scukz.Com
Owner of Justkhai.Com